top of page

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

KARNIVAL HOKI SSTMI 6S BAWAH 12 TAHUN (LELAKI & PEREMPUAN) 18-19 JANUARI 2025

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Kejohanan ini  dilangsungkan mengikut undang-undang terkini “THE INTERNATIONAL HOCKEY RULES BOARD” yang dikeluarkan oleh FIH serta peraturan am Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

​

Sedikit pengubahsuaian berkenaan saiz padang dan saiz kotak D telah dibuat

untuk melancarkan perjalanan keseluruhan karnival ini.

Sila rujuk lakaran ukuran padang yang disertakan bersama.

1.1 Semua pukulan forehand,reverse stick, tomahawk boleh digunakan.

1.2 Semasa pukulan pc, 5 pemain di dalam gol termasuk penjaga gol

1.3 Kedudukan ‘run-out’ semasa pc adalah sama seperti perlawanan biasa.

 

*Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut akan dinyatakan semasa taklimat atas talian

yang akan dilaksanakan nanti.

 

​

2. KELAYAKAN PEMAIN

Semua pemain mesti berumur di bawah 12 tahun (mengikut sesi persekolahan KPM) serta lahir pada atau selepas 1 Januari 2012.

​​

​

3. PENDAFTARAN PEMAIN

Setiap pasukan boleh mendaftar maksimum 9 orang pemain dengan komposisi 6 bermain 3 simpanan. Penjaga Gol mesti ada setiap masa di dalam perlawanan. (Format Power Play tidak digunapakai dalam karnival ini).

           

​

4. JERSI DAN WARNA PASUKAN

4.1 Setiap pasukan perlu menyediakan 2 set jersi dengan  warna yang berbeza. Warna untuk jersi pasukan  adalah untuk baju, skirt, stoking dan baju penjaga gol.

​

4.2 Bip akan disediakan jika berlaku pertindihan warna jersi pasukan.

 

​

5. FORMAT KEJOHANAN

5.1  Undian kumpulan  dilakukan oleh penganjur.

​

5.2 Pusingan pertama 8 kumpulan akan dibentuk dengan 5 pasukan setiap kumpulan. Bermain secara round robin. Bermula pusingan kedua dan seterusnya format akan dipecahkan kepada kategori Cup & Plate.

​

5.3  3 mata untuk menang, 1 mata untuk seri, 0 mata untuk kalah.

​

5.4 Jika mata sama diperolehi oleh 2 atau lebih pasukan (dalam kumpulan) kedudukan akhir akan ditentukan mengikut turutan berikut :

5.4.1 Beza Jaringan (Jumlah gol jaring tolak jumlah gol bolos)

5.4.2 Jumlah gol yang dijaringkan

5.4.3 Rekod ‘head to head’

​

5.5 Jika masih gagal menentukan kedudukan akhir berdasarkan ketetapan di atas, satu pertandingan Penalty Stroke Sudden Death (Format 1) akan dilangsungkan. Lambungan syiling akan dilakukan. Pasukan yang menang lambungan syiling, boleh memilih untuk menyerang (mengambil penalty stroke) atau bertahan (menjaga gol). Jika pasukan yang menang lambungan syiling itu memilih untuk menyerang dan gagal menyempurnakan penalty stroke itu, pasukan lawan akan terus dikira sebagai pemenang.

​

5.6 Johan dan naib johan kumpulan akan layak ke pusingan kedua kategori Cup. Tempat ketiga dan keempat kumpulan akan beraksi di pusingan kedua Plate. Tempat kelima dalam kumpulan akan tersingkir.

​

5.7 Untuk pusingan kedua hingga perlawanan akhir, pertandingan Penalty Stroke Sudden Death (Format 2) akan diadakan jika berlaku keputusan seri selepas tamat masa perlawanan.

​

5.8 PENALTY STROKE SUDDEN DEATH (Format 2)

5.8.1 Mana-mana tiga (3) pemain yang didaftarkan dalam perlawanan tersebut boleh mengambil pukulan penalty stroke kecuali mereka yang sedang menjalani penggantungan kekal (kad merah).

5.8.2 Set pertama,3 pemain dari setiap pasukan akan mengambil pukulan penalty stroke sudden death sehingga pemenang ditentukan. Jika masih berlaku seri, lambungan syiling akan dilakukan. Pasukan yang menang lambungan syiling, boleh memilih untuk menyerang (mengambil penalty stroke) atau bertahan (menjaga gol). Jika pasukan yang menang lambungan syiling itu memilih untuk menyerang dan gagal menyempurnakan penalty stroke itu, pasukan lawan akan terus dikira sebagai pemenang.

 

​

6. MASA PERMAINAN

6.1 Setiap perlawanan akan dilangsungkan selama 8 minit secara terus dari pusingan pertama hingga suku akhir.

​

6.2 Pada pusingan separuh akhir dan perlawanan akhir , perlawanan akan dilangsungkan selama 12 minit secara terus.

​

6.3 Masa tidak akan dihentikan semasa pukulan pc dan setelah gol dijaringkan.

​

6.4 Masa hanya akan diberhentikan oleh pengadil jika berlaku kecederaan serius kepada pemain.

                  

​

7. TINDAKAN DISIPLIN/ PENGGANTUNGAN

7.1 Mata demerit akan diberikan seperti berikut :-

7.1.1 Kad Hijau – 2 mata – Sinbin selama 1 minit

7.1.2 Kad Kuning – 4 mata- Sinbin selama 3 minit

7.1.3 Kad Merah – 8 mata

 

7.2 Tindakan disiplin adalah berdasarkan mata demerit :-

7.2.1 08 mata demerit – penggantungan 1 perlawanan

7.2.2 12 mata demerit – penggantungan 2 perlawanan

7.2.3 16 mata demerit – penggantungan 3 perlawanan

7.2.4 20 mata demerit – penggantungan baki perlawanan sehingga habis

 

*Untuk PENGGANTUNGAN PERLAWANAN,  mata demerit dikira dari kad kuning  dan kad merah sahaja.

 

8. PERKARA-PERKARA LAIN

8.1 Jawatankuasa Kejohanan berhak untuk mengubah dan meminda peraturan berkaitan teknikal kejohanan jika berlaku perkara yang di luar kawalan seperti hujan lebat, kilat dan apa apa insiden yang menyebabkan perlawanan tidak dapat dilangsungkan mengikut jadual.

​

8.2 Jika berlaku hujan lebat dalam masa yang lama dan mengganggu kelancaran perlawanan, perlawanan akan ditukar menjadi pertandingan Penalty Stroke (Format 3). Setiap pasukan diberikan 4 kali percubaan mengambil penalty stroke. Jika selepas 4 kali, masih tiada pemenang, penalty stroke sudden death akan dijalankan dengan pemenang lambungan syiling akan memilih untuk mengambil pukulan penalty stroke (menyerang) atau menjaga gol (bertahan).

​

8.2 Semua keputusan jawatankuasa teknikal adalah muktamad. Sebarang keputusan berkaitan kejohanan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sebarang bentuk PROTES adalah tidak dibenarkan.

​

8.3 Pasukan yang gagal hadir ke padang perlawanan pada masa yang ditetapkan akan dikira kalah dengan jaringan 3-0. (WALK OVER) Setiap pasukan di berikan masa 2 minit sahaja untuk berada di padang perlawanan. Sila semak jadual dan berhubung dengan urusetia untuk sebarang kemusykilan.

​

8.4 Pasukan yang gagal hadir ke padang perlawanan atau menarik diri setelah bermain dalam perlawanan awal, akan menyebabkan semua keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan tersebut dibatalkan dan tidak diambil kira. (DISQUALIFIED).

padang latest.jpg
bottom of page